Powered By Blogger
http://arif-healthy.blogspot.com/

Saturday, October 15, 2011

ASPARTAME PENGGANTI GULA YANG SELAMAT?


ASPARTAME PENGGANTI GULA Aspartame yang juga dikenali sebagai "gula jahat" adalah satu bahan pemanis buatan (sintetik) non karbohidrat aspartyl-phenylalanine-1-methyl ester yang dihasilkan bagi menggantikan gula biasa. Sifatnya adalah 200 kali lebih manis dari gula biasa dan sangat sedikit penggunaannya untuk membuatkan makanan anda manis. Kod yang digunakan adalah E 951

Sejarah penemuan bahan pemanis tiruan ini bermula apabila pada tahun 1965, apabila James M. Schlatter seorang ahli kimia melakukan proses sintetik ke atas aspartame untuk dibuat ubat anti gastrik, secara kebetulan dia mendapati rasa manis apabila ia menjilat jarinya. Produk ini tampil dengan jenama pertama NutraSweet.

Bahan ini dibuat sebagai memenuhi budaya diet dikalangan masyarakat America yang tidak mahu menggunakan gula di dalam pemakanan. Akibatnya, produk ini berada hampir disemua rak-rak supermarket dengan jenama yang pelbagai antaranya NutraSweet,Equal dan canderel. Bahan ini dimasukkan di dalam lebih 6000 makanan dan minuman diseluruh dunia dan lazimnya di dalam makanan untuk diet. Apakah jenis makanan yang mengandungi bahan berbahaya ini? Jom kita selidiki apakah jenis makanan yang mengandungi bahan ini.



1. Sarapan segera

2. Gula-gula nafas (nafas segar)

3. Bijirin

4. Gula-gula getah tanpa gula

5. koko campuran

6. Minuman kopi

7. Makanan pencuci mulut sejuk beku

8. Pencuci mulut berasaskan gelatin

9. Minuman berjus

10. Pencahar

11. Minuman bersusu

12. Multivitamin

13. Nonprescription pharmaceuticals (ubat yang boleh dibeli dikaunter, tanpa perlu nasihat doktor seperti panadol)

14. bahan untuk minuman Shake

15. Soft Drinks

16. Pemanis

17. Minuman Teh

18. Teh segera dan kopi segera

19. bahan topping (bahan kek)

20. wine coolers

21. Yogurt






No comments:

Post a Comment